Monday 17 October 2011

Plaster Ceiling (siling plaster)

Plaster ceiling (siling plaster) adalah kepakaran utama kami dimana kami memilki pengalaman selama lebih dari 10 tahun dalam kerja - kerja yang melibatkan plaster ceiling,. di dalam plaster ceiling proses pemasangan / pembuatan reka bentuk (design) dapat di kategorikan menjadi 3 bahagian , iaitu 1. pemasangan ranka besi (tahap pertama), rangka besi ini merupakan tahap terpenting bagi pemasangan sesebuah siling plaster, kekuatan siling plaster bergantung kepada kekuatan rangka besi itu, semakin baik pemasangan dan pembuatan rangka besi oleh seorang tukang maka semakin baik pula siling plaster yang di hasilkan , disini saya kongsikan beberapa contoh gambar rangka besi untuk plaster ceiling



pada gambar 1. adalah rangka besi yang di gunakan untuk pemasangan siling plaster di kilang (comercial building/ industrial) bading kan dengan gambar 2 dimana saiz ranka besi yang di gunakan amatlah berbeza, saiz besi untuk rumah persendirian lebih kecil dan ringan di bandingkan dengan saiz besi yang di gunakan untuk kilang/industrial building.




proses pada tahap 2 adalah pemasangan papan plaster siling (plaster ceiling board) terdapat beberapa jenis papan plaster siling yang biasa di gunakan dengan kelebihan - kelebihan tertentu (kalis air , bercorak, ringan, dan biasa) disini saya kongsikan beberapa keping gambar papan plaster siling, setelah pemasangan papan pada ranka besi (pemasangan papan siling perlu pula menggunakan skru bersaiz sederhana dan acuan tepung (gam) yang di campur fibre untuk melekatkan papan pada besi) maka bermulalah proses ke 3 yaitu memasang hiasan - hiasan tertentu sesuai dengan kehendak tuan punya rumah / bangunan seperti memasang bentuk down ligh , cornece , dome , border , atau bunga tengah. disini saya sertakan gambar - gambar hiasan plaster siling dan beberapa design. 

1. BUNGA TENGAH









 2.DOME




 
3. CORNIECE         






4.LIGH BOX






Selamat datang

assalamualaikum pada semua pembaca blog zaidi enterprise, adapun tujuan blog ini di buat adalah untuk memberikan serba sedikit maklumat tentang zaidi enterprise. zaidi enterprise adalaha sebuat syarikat bumiputera yang telah di asaskan oleh abang sulong saya yang bernama ahmad zaidi pada kira - kira 8 tahun lepas, akan tetapi syarikat kecil ini tidak mempunyai apa - apa pengenalan di dalam dunia maya, untuk pengetahuan pembaca semua, blog ini merupakan cubaan pertama zaidi enterprise dalam upaya menerokai pasaran pembinaan di dunia maya. Adapun zaidi enterprise adalah sebuah syarikat yang bergerak di dalam bidang pembinaan dimana saya (selaku pemilik hak bersama dalam syarikat ini) dan abang saya telah menepuh perbagai pengalaman menarik selama lebih dari 8 tahun berkecimpung dalam dunia pembinaan khas nya pengubahsuaian rumah terutama rumah persendirian. Dengan komitmen kerja dan kualiti kerja yang memuaskan kami berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi kepuasan setiap dari client / pelanggan kami dengan menawarkan harga yang amat berpatutan dan layanan yang mesra.

Bidang kerja yang kami lakukan mencakupi perbagai bidang dalam pembinaan yang antaranya adalah

: - Siling Plaster (bidang ini merupakan kepakaran utama kami)
  -Grill pintu/tingkap dan awning
  -Mengecat
  -Memasang jubin lantai (floor tiling and carpet installing)
  -Memasang kabinet dapur (kitchen cabinet)
  -Membuat meja singki dapur (concrete kitchen sink)

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi kami di talian berikut :

ZAIDI : 0133591875


ALI     : 0192233180